Wednesday 6 December 2017

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira

24/November/2017


Tibe la hari untuk menemubual Ayahanda Temenggung syarat menebual kena 2 jam untuk menyiapkan assigment ni. Jadi kami membuat 120 soalan. Ha kau 120 soalan larat kene nak menjawab nya ..:D

Soalan yang dibuat adalah soalan latar belakang tentang tokoh,tentang pulau,tentang persatuan dan yang paling seronok adalah tentang MALAM MELAYU SEJATI.

Time interview tu ayah pun ikut sebab time tu lesen cikya hilang so sementara nk buat baru ayah la jadi drive reaksi dia masuk pulau tu dah pelik sejak dia usia 4+ tu duk area Perak Tengah pun dia tak tahu kewujudan pulau tu dasyat tak.Time tu ok cikya x la tekejut sangat kan.

Waktu interview tu bawak kawan ni dari Perlis sebab benda ni grouping dia pun cam tak ade perasaan mungkin tak mendalami kot dan sebelum tunggu ayahanda temenggung sampai dia kene soal selidik macam cikya cerita sebelum ni kihkih

Antara temu bual pasal pulau misa adalah :

Pulau ni dah terdiri sejak 20 tahun lalu. Mata pencarian penduduk pulau ini adalah melalui syubah-syubah yakni biro2 yang ade bahagian nelayan, pertanian dan sebagainya.Sekiranya rezeki maka rezeki itu di kongsi beramai2.

Pulau ini tempat mensyiarkan budaya melayu dan bila orang datang mereka boleh belajar budaya melayu. Idea yang tercetus melalui tempat santai2 dan ada orang datang perlahan-lahan jadi mereka memunjukkan pertunjukan silat dan tarian semuanya jadinya orang semakin ramai dan kembangkan.


Penduduk sini dari pelabagai latar belakang penduduk nya anggaran 75 orang. selain jalan raya orang luar boleh datang naik helikopter sebab ada lapangan terbang kihkikh (kata ayahanda)
.
JKKN selalu mengundang mereka membuat persembahan. Persatuan Kebudayaan Muzik Melayu Nusantara Malaysia dan mempunyai 5 cawangan di Indonesia. Pengasas kepada persatuan ni nama gelamor dia "Abangku" atau Zulkifli bin Ismail.

Pencapaian persatuan ini mereka menjadi wakil Malaysia cawangan Perak ke EGYPT dalam Art festival of DRUM...Ke mesir kaw ha.. 


Nak mula kan budaya melayu kene la bermula dari diri kita dan diterapkan kepada anak dan isteri. jadi malam melayu sejati tu adalah salah satu cara mereka untuk mengekalkan budaya melayu..

ada banyak lagi soalan .....cikya keluar yang penting je ..

dah habiz interview Ayahanda bawak kami round2 Sungai Perak naik bot 









tu ayahanda temenggung bawak bot




  









Bubu ni mereka hasil kan sendiri bukan kata bubu , jala pun sama jadi mereka ni semua berkemahiran 

















Bersambung pula nanti MAlAM MELAYU SEJATI......




1 comment:

  1. Baccarat Online | Play Online For Free | VegasCasino.com
    Online Baccarat is a very simple game. febcasino Try it for free today. It can be played for fun or for real money. Baccarat has many advantages for beginners.

    ReplyDelete